Sumber: KKR dan JKR
Bagaimana nak kenali jalan yang dilalui adalah jalan persekutuan atau negeri?.
Sangat mudah kerana setiap jalan menggunakan sistem KOD JALAN yang berbeza seperti infografik di ATAS.
Apabila kita nampak papantanda jalan yang hanya menyatakan NOMBOR sahaja ia adalah Jalan Persekutuan (Bukan Lebuhraya Bertol). Apabla menyebut jalan persekutuan biasanya akan menggunakan singkatan FT (Federal Trunkroad). Contohnya laluan FT01 adalah jalan utama dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam. FT03 adalah laluan dari Johor Bahru ke Rantau Panjang Kelantan melalui laluan pantai timur. Jalan-jalan ini diselenggara oleh JKR Persekutuan.
Jika lebuhraya kod yang digunakan adalah hurup E dan Nombor. Contohnya E20 - Lebuhraya MEX. Lebuhraya diselenggara oleh Syarikat Konsesi dan dikawalselia oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Jalan negeri menggunakan kod kombinasi ALPHABET dan NOMBOR dan alphabet adalah mengikut nombor pendaftaran kenderaan. Selangor menggunakan 'B', Kedah menggunkan 'K" dan sebagainya. Jalan-jalan ini semuanya diselenggara oeh JKR Negeri masing-masing.
Biasa-biasakanlah menggunakan kod jalan ini....
P134
ReplyDelete