Monday, February 10, 2014

Kenali Jalan Raya Kita..

Jalan-jalan raya di Malaysia terbahagi kepada 2 iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.

Jalan Persekutuan

Jalan Persekutuan ada dua kategori iaitu Jalan Tidak Bertol dan Jalan Bertol

Jalan Persekutuan Tidak Bertol adalah jalan-jalan yang diwartakan mengikut Akta Jalan Persekutuan 1959. Secara umumnya jalan persekutuan menghubungkan ibu negeri, dan jalan yang menuju ke pusat masuk serta keluar negara. Kos untuk pembinaan jalan persekutuan dibuiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan pembinaan dan penyelenggaraannya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR). Ia terbahagi kepada 4 jenis iaitu:
  1. Jalan Persekutuan Utama;
  2. Jalan Dalam Kawasan Wilayah Persekutuan;
  3. Jalan Lembaga Kemajuan Wilayah;
  4. Jalan Masuk ke Institusi Kerajaan Persekutuan.
Jalan Persekutuan Bertol adalah jalan persekutuan yang diwartakan di bawah Akta Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Pembinaan dan penyenggaraan jalan bertol dijalankan oleh sektor swasta yang diberi konsesi oleh kerajaan. Syarikat Pemegang Konsesi dibenar membina, mengendali dan menyenggara jalan bertol dan mengutip tol kepada pengguna. Jalan Persekutuan Bertol ini diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

    Jalan Negeri

    Jalan Negeri adalah jalan premer yang menyediakan perjalanan dalam sesebuah negeri dan menghubungkan pusat-pusat pentadbiran daerah. Termasuk dalam kategori ini adalah jalan pengumpul dan jalan raya kecil lain di kawasan kampung dan luar bandar.

    Jalan negeri terbahagi kepada Jalan JKR, Jalan Dewan Bandaran/Perbandaran/Majlis dan Jalan Pertanian.

    Penyenggaraan jalan negeri adalah dibawah tanggungjawab negeri masing-masing, tetapi pembiyaannya adalah dari Kerajaan Persekutuan melalui Geran Tahunan Jalan Negeri.


    Kesemua kategori jalan-jalan ini mempunyai sistem penomboran masing-masing yang boleh dilihat pada papan tanda - papan tanda yang tertera di setiap jalan berkenaan. Untuk mengetahui sistem penamaan jalan ikuti entri akan datang...





    Sumber: Kementerian Kerja Raya