Wednesday, September 28, 2016

6 fakta menarik tentang jalan persekutuan di Malaysia

  1. Kilometer Sifar (0) Kebangsaan di kebanyakan negara terletak di ibu negara masing-masing. Namun, Kilometer Sifar bagi Semenanjung Malaysia tidak terletak di Kuala Lumpur tetapi sebaliknya di Johor Bahru, kerana ketiga-tiga laluan tulang belakang utara-selatan di Semenanjung Malaysia iaitu Jalan Persekutuan 1, 3 dan 5 kesemuanya dikira bermula dari Johor Bahru.
  2. Jalan persekutuan tertinggi di Malaysia ialah Jalan Gunung Brinchang FT432. Jalan tersebut merupakan jalan selorong berturap sehingga ke puncak Gunung Brinchang setinggi 2,032 m yang turut menempatkan stesen pemancar televisyen, menjadikan Jalan Gunung Brinchang FT432 sebagai jalan raya berturap tertinggi di Malaysia.
  3. Jambatan tol pertama di Malaysia ialah Jambatan Sultan Yahya Petra FT3. Ia dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra pada 17 April 1965.
  4. Jalan raya tol pertama di Malaysia ialah Jalan Tanjung Malim-Slim River FT1. Dibuka pada tahun 1966, ia menggantikan jajaran lama yang kini sudah diturun taraf kepada Jalan Negeri Perak A121 dan Jalan Persekutuan 193. Kutipan tol di situ ditamatkan pada tahun 1994 sebaik Lebuh Raya Utara-Selatan E1 dibuka kepada lalu lintas.
  5. Lebuh raya ekspres capaian terkawal pertama di Malaysia ialah Lebuh Raya Persekutuan FT2. Ia mula dibina pada tahun 1974 sebagai naik taraf bagi Jalan Kuala Lumpur-Klang FT2 dengan dibiayai pinjaman daripada Bank Dunia dan siap pada tahun 1977.
  6. Jalan raya pertama yang menghubungkan negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dengan negeri-negeri pantai timur ialah Jalan Kuala Kubu FT55. Ia asalnya merupakan jalan kuda sepanjang 80 batu (130 km) dari Kuala Kubu Bharu ke Raub.

KENALI PAPAN TANDA JALAN RAYA - Papan Tanda Jarak

Papan Tanda Jarak;
  • Diletakkan selepas sesuatu persimpangan atau interchange.
  • Kebiasaannya Papan Tanda Jarak diletakkan di lokasi berikut:
  •  200 meter dari turning roadway atau 150 m selepas acceleration lane.
  •  Di sempadan antara daerah atau 100 meter melepasi sempadan daerah.
  •  Setiap jarak 20 kilometer sepanjang jalan.



KENALI PAPAN TANDA JALAN RAYA - Papan Tanda Kilometer

Papan Tanda Kilometer (KM).
  • Dipasang di sepanjang Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri untuk tujuan penyenggaraan / rujukan (referencing).
  • Terdapat dua (2) jenis iaitu:
Tiang KM Jenis A (dipasang setiap jarak 5 kilometer)
Tiang KM Jenis B (dipasang setiap jarak 1 kilometer)



KENALI PAPAN TANDA JALAN RAYA - Papan Tanda Arah

Papan Tanda Arah;
  • Diletakkan di antara 100 hingga 150 meter sebelum tiba persimpangan utama atau sebelum persimpangan menuju ke jalan utama.
  • Dibina dalam bentuk stack (di mana arrow menunjukkan arah destinasi) atau map (biasanya digunakan untuk roundabouts dan persimpangan/interchanges yang kompleks).

KENALI PAPAN TANDA JALAN RAYA - Papan Tanda Destinasi

Papan Tanda Destinasi;
  • Untuk memberi isyarat awal / masa yang mencukupi kepada pemandu untuk masuk ke laluan bersesuaian sebelum tiba di jalan keluar atau persimpangan.
  • Diletakkan antara 500 hingga 1000 meter sebelum tiba jalan keluar atau persimpangan.


KENALI PAPAN TANDA JALAN RAYA - Papan Tanda Sementara

Papan Tanda Sementara (Temporary Signs)
  • Untuk memberi tanda amaran kepada pengguna jalanraya
  • Papan tanda di pasang untuk sesuatu jangka masa sahaja seperti semasa kerja-kerja kecemasan dan penyenggaraan


KENALI PAPAN TANDA DI JALAN RAYA - Papan Tanda Keterangan

 Papan Tanda Keterangan;
  • Memberitahu pemandu / pengguna jalanraya sesuatu tempat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dan lain-lain.
  • Disediakan samada dalam bentuk simbol atau perkataan.
  • Kebiasaannya diletakkan di lokasi papan tanda mengikut keperluan.


KENALI PAPAN TANDA DI JALAN RAYA - Papan Tanda Seksyen

Papan Tanda Seksyen;
  • Dipasang untuk rujukan lokasi di sepanjang lebuhraya.
  • Memudahkan penandaan kawasan berbahaya dan juga bagi tujuan penyenggaraan.
  • Dipasang pada setiap jarak 100m di sepanjang lebuhraya.
  • Pada setiap jarak 1km, Nombor Laluan Jalan akan di tulis di Penanda Seksyen.

KENALI PAPAN TANDA DI JALAN RAYA - Nombor Laluan



Kalau kita terjumpa di jalan raya papantanda ini, tahukah anda apakah maksudnya?


Ini adalah Papan Tanda Nombor Laluan Jalan (Route Markers) dan ia dipasang / diletak di semua papan tanda jarak dan tiang km di sepanjang jalan.

Tuesday, September 27, 2016

Kenali Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri melalui KOD JALAN

Sumber: KKR dan JKR

Bagaimana nak kenali jalan yang dilalui adalah jalan persekutuan atau negeri?.

Sangat mudah kerana setiap jalan menggunakan sistem KOD JALAN yang berbeza seperti infografik di ATAS.

Apabila kita nampak papantanda jalan yang hanya menyatakan NOMBOR sahaja ia adalah Jalan Persekutuan (Bukan Lebuhraya Bertol). Apabla menyebut jalan persekutuan biasanya akan menggunakan singkatan FT (Federal Trunkroad). Contohnya laluan FT01 adalah jalan utama dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam. FT03 adalah laluan dari Johor Bahru ke Rantau Panjang Kelantan melalui laluan pantai timur. Jalan-jalan ini diselenggara oleh JKR Persekutuan.

Jika lebuhraya kod yang digunakan adalah hurup E dan Nombor. Contohnya E20 - Lebuhraya MEX. Lebuhraya diselenggara oleh Syarikat Konsesi dan dikawalselia oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Jalan negeri menggunakan kod kombinasi ALPHABET dan NOMBOR dan alphabet adalah mengikut nombor pendaftaran kenderaan. Selangor menggunakan 'B', Kedah menggunkan 'K" dan sebagainya. Jalan-jalan ini semuanya diselenggara oeh JKR Negeri masing-masing.

Biasa-biasakanlah menggunakan kod jalan ini....